Isnin, 8 Ogos 2011

Luahan Hati Sang Hawa

ADAM...
maafkan HAWA jika coretan ini membuat ADAM tidak senang
duduk...
maafkan HAWA jika ADAM tak dapat nak terima apa yang ingin
HAWA titipkan untuk ADAM...
maafkan HAWA jika ADAM rasa HAWA berfikiran kolot dan tak
up to date...
maafkan HAWA jika ADAM terasa ingin buang dan keronyok
kertas kaku ini...
maafkan HAWA jika teguran HAWA ini mengundang menyampah
dihati ADAM...

terimalah HAWA seadanya ADAM...
bimbinglah HAWA kejalan Nya...
HAWA merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat
cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...

ADAM...
Adakah kau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?
Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan,
kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa
ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan
kejahilan mereka.
Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita
tidak sedar.
Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah
ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.
Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah
tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...
Naudzubillah...
                                                       Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lencana Facebook

b] bold [/b] [i] italics [/i] [u] underline [/u] Other simple tags following the above format are: [sup], [sub], [s], [center], [big], [small], [scroll] Use [br] to create line breaks. You can change text color: [color=red] color [/color] You can post links with: [url=http://address] website [/url]